Tuesday, March 15, 2011

MENGADAKAN DAN MENGENDALIKAN PAMERAN LUKISAN SOLO ATAU KUMPULAN


Mengadakan dan mengendalikan pameran lukisan solo atau kumpulan.
Kelihatannya mudah. Kita berbincang bincang untuk mengadakan sebuah pameran tapi sebelum rancangan diteruskan eloklah diperhatikan beberapa pekara.
Jangan ambil mudah apabila nak adakan pameran lukisan. Perancangan berbulan bulan boleh buat kita kecewa ketika waktu pameran. Kalau nak cakap bab sudah takdir ia diluar tajuk apa saja boleh berlaku.
Seb...elum mengadakan pameran eloklah dibagi kepada 3 bahagian iaitu
1.      Pre exhibition.
2.      Exhibition.
3.      Post exhibition.
Sebelum pameran langkah pertama yang perlu diperhatikan ialah

PRE EXHIBITION :
1.      Bentuk pameran – kumpulan atau solo.
2.      Tema pameran.
3.      Bahan yang akan digunakan.
4.      Tempat / tarikh pameran
5.      AJK / TEAM
6.      Jadual kerja sebelum pameran / time frame
7.      Budget / sponsor
8.      Surat pelawaan pameran kepada peserta dan surat terima pameran berserta dengan syarat syaratnya.
9.      Kertas kerja atau proposal kepada pihak yang akan diadakan pameran.
10.  Curator yang dilantik
11.  VIP yang akan merasmikan pameran.
12.  Kad jemputan
13.  Catalog / publisiti.

EXHIBITION :
 2 bulan sebelum pameran merupakan waktu yang kritikan dimana 100% karya sudah siap digantung. Diantara pekara pekara yang perlu diperhatikan ialah :
1.      Menyiapkan catalog , biodata dan kata pengantar.
2.      Memastikan VIP sudah bersedia merasmikan pameran.
3.      Lukisan sudah siap diframe dan digantung.
4.      Penghantaran lukisan ketempat pameran – peserta atau penganjur
5.      Publisiti dimedia
6.      Mengantung lukisan hendaknya dilakukan oleh mereka yang ariff.
7.      Penyambut tetamu , makan minum waktu pameran untuk VIP dan tetamu.
8.      Pelukis sudah bersedia ditemuramah oleh media sekiranya diperlukan.
9.      Lukisan sudah diberi tajuk , medium dan harga.
10.  Buku kehadiran tetamu dan hadiah untuk yang merasmikan pameran
11.  Tag ‘ sold’ sudah disediakan. Sekiranya ada yang berminat begaimana caranya spt bayar deposit 10% credit card ll.
12.  Packaging lukisan . kalau yang membeli orang yg tinggal diluar Malaysia bagaimana cara penghantaran , kos.
13.  Kalu boleh semua peserta mesti hadir waktu pameran atau bila bila diperlukan.
14.  Jangan iri hati sekiranya pelukis lain lukisannya laku.
15.  Melantik jurucakap / wakil pelukis.

POST EXHIBITION :
Setelah selesai pameran perlu diperhatikan ;
1.      Menurun lukisan dan penghantaran kepelukis – tanggung jawab siapa?
2.      Menghubungi mereka yang beli lukisan.
3.      Membuat pembayaran hasil jualan lukisan
4.      Post momentum pameran.
5.      Membuat kenduri doa selamat sekiranya perlu.
6.      Ucapan terima kasih kepada VIP , sponsor dan mereka yang terlibat.
7.      MENJAGA HUBUNGAN BAIK DENGAN SEMUA PIHAK SETELAH PAMERAN.
Pekara yang ingin saya sampaikan mungkin berbeza dengan pihak pihak yang selalu menganjurkan pameran.


SUMBER: EN.YUSOF GAJAH (MALAYSIAN ARTIST)
EN.YUSOF GAJAH URL: http://yusofgajah.blogspot.com/

1 comment:

  1. susah juga mau buat pameran ni ya.banyak perkara yang perlu dititikberatkan.

    ReplyDelete