Pastikan ia bertulis sable atau pure sable. Kalau bertulis red sable sebenarnya itu bukan bulu sable. Red sable ialah berus yang yang dibuat dari bulu ox tetapi diwarnakan (dye) kemerahan seperti bulu sable. I...a disengajakan, dipersetujui nama itu sesama pengeluar di seluruh dunia bagi tujuan komersial. Berus red sable menggunakan bulu ox yang diambil di bahagian telinga.
Ingat, berus sable atau pure sangat mahal kerana binatang ini dilindungi. Ia boleh diburu pada musim tertentu bagi mendapatkan kulit dan bulunya oleh pengeluar pakaian. Pengeluar berus tidak terlibat secara langsung dalam perburuan sable. Mereka mendapat bekalan dari pengeluar pakaian bulu sable kerana bulu dari bahagian ekor able sahaja dibuat berus. Dalam lain perkataan bulu sable untuk berus lukisan ialah waste product dari kilang pakaian dari bulu sable.
Sable ialah sejenis binatang roden yang terdapat di kawasan sederhana sejuk dan sejuk. Berus sable kali pertama dikeluarkan pada tahun 1785 apabila Ratu Victoria menitahkan syarikat Winsor & Newton membuatkan berus cat air terbaik sais no. 7 untuk baginda. Lalu terciptalah dan diketahui bahawa berus dari bulu sable ialah yang terbaik untuk melukis cat air. Winsor & Newton telah membuat berus cat air khas untuk Ratu Victoria dari bulu able dengan batangnya dari gading dan 'ferule'nya dari perak. Ambil perhatian: Ratu Victoria ialah seorang artis cat air.
Sempena tempahan berus dari bulu sable yang pertama oleh Ratu Victoria maka syarikat Winsor & Newton sampai sekarang masih mengeluarkan berus sable Series 7. Siri ini sangat ekslusif. Sampai sekarang ia dibuat dengan tangan dan syarikat Winsor & Newton tidak membenarkan pekerjanya terlibat dalam pengeluaran berus Series 7 jika tidak mempunyai pengalaman 10 tahun dalam membuat berus.
Berus sable yang terbaik dan termahal bertanda 'Kolinsky' pada batangnya. Bukan Sable. Kolinsky ialah sejenis sable atau roden yang cuma terdapat di Siberia (Russia) sahaja. Sable jenis kolinsky tidak terdapat di tempat lain di dunia. Macam beruk belanda, cuma terdapat di Borneo. Tiada di tempat lain di dunia.
SUMBER: PAK ABU @ EN. ABU SEMAN
No comments:
Post a Comment