Oleh: Pak Abu
Tip 1:
Selalu meletak cat minyak anda di atas palet dalam susunan yang sama seperti sebelumnya supaya mudah anda mengambil warna secara instintif.
Tip 2:
Kadar minyak linsid perlu ditambah bagi setiap lapisan berikutnya. Teknik ini dipanggil ‘fat over lean’ – Setiap lapisan perlu kering dahulu sebelum ditindan dengan lapisan baru. Jika lapisan atas cepat kering berbanding dengan lapisan bawah cat akan retak (crack).
Tip 3:
Elak mengguna waran Ivory Black sebagai warna asas atau lakaran sebab warna ini cepat kering berbanding dengan warna lain.
Tip 4:
Pigmen yang mengandungi pelambam, cobalt dan manganes cepat kering. Ia boleh dicampur dengan warna lain untuk mempercepatkan kadar kering dan amat sesuai untuk lapisan warna asas.
Tip 5:
Gunakan tupentina untuk warna asas atau lapisan awal bagi memudahkan catan mudah kering.
Tip 6:
Elakkan guna minyak linsid bersama warna putih atau biru kerana ia boleh menyebabkan warna-warna ini kekuningan.
Tip 7:
Jangan keringkan catan anda dalam gelap. Ini akan menyebab lapisan minyak timbul kepermukaan warna lalu menyebabkan warna kekuningan.
Tip 8:
Jika filem warna di atas palet anda berkedut bermakna minyak linsid dicampur berlebihan.
No comments:
Post a Comment