Sunday, February 20, 2011

NOTA: MINYAK LINSID DAN TURPENTINE

Minyak linsid diperbuat dari biji pokok flax. Jentian pokok flax pula dibuat linen. Minyak linsid bertindak sebagai 'binder' kepada pigmen. Semua jenis warna adalah dari pigmen yang sama. Yang membezakan ialah 'binder'. Cat minyak bindernya ialah minyak linsid, cat air bindernya ialah gam arabik, akrilik bindernya bahan polimer dan sebagainya. Anda boleh buat cat minyak anda sendiri kalau anda beli pigmen dan minyak linsid. Di barat adalah perkara biasa artis membuat cat minyaknya sendiri. Binder untuk cat minyak berbagai seperti minyak biji poppy, minyak biji bunga matahri dan sebagainya. Cuma yang terbaik setakat ini ialah minyak linsid. Terpentine berfungsi sebagai 'transporter'. Seperti air bagi cat air. Tanpa air anda tidak boleh memindahkan warna dari palet ke kertas. Setelah anda dilute cat dengan air ia akan melekat pada bulu berus, lalu anda memindahkan warna itu kep kertas. Sama juga dengan cat minyak. Terpentine bertindak sebagai diluter yang membolehkan cat melekat pada berus untuk dipindahkan kep kanvas. Tanpa terpentine anda akan hadapi masalah. Melukis tanpa terpentine adalah kerja salah. Paling kurang 50% terpentine perlu dicampur kepada minyak linsid. Ini pun akan jadi masalah sebab banyak minyak linsid akan menyebabkan cat lambat kering. Dalam kerja melukis cat minyak terpentine perlu lebih banyak dari linsid dalam campuran.

SUMBER: PAK ABU @ EN. ABU SEMAN 

No comments:

Post a Comment