GAM ARABIK
Oleh: Pak Abu
Dalam seni catan, gam arabik (gum arabic) berkait rapat dengan warna cat air. Ini ialah kerana gam arabik atau dikenali juga dengan nama gum senegal merupakan pengikat (binder) kepada pigmen (pewarna) untuk membuat cat air.
Semua jenis cat warna menggunakan pigmen yang sama. Maksudnya baik cat air, cat minyak, akrilik, alklyd, resin, cat imulsi kesemuanya mengguna pigment yang sama. Yang membezakan antara mereka ialah pengikat (binder). Contohnya, untuk membuat cat minyak, minyak linsid dicampur dalam pewarna sebagai pengikat. Begitu juga dengan cat air. Pigmen yang sama digunakan tetapi pengikatnya ialah gam arabik.
Gam arabik atau gam senegal diperolehi dari sejenis pokok akasia. Gam arabik yang bermutu tinggi cuma didapati di Sudan dan Senegal. Gam arabik berwarna cokelat gelap akan larut dalam air apabila berada dalam air tetapi akan beku dan mengeras apabila terdedah kepada udara. Setakat ini gam arabik merupakan satu-satunya pengikat terbaik untuk membuat cat air. Gam arabik yang dicampur dalam pigmen semasa membuat cat air mengakibatkan pigmen cat air menjadi keras. Sejenis cat air yang dipanggil ‘biskut’ (cake) bersifat keras dan kering kerana ia mengandungi gam arabik sahaja. Ini kerana gam arabik akan menjadi keras apabila terdedah kepada udara. Bagi membuat cat air ‘half-pan’ dan tiub selain dari gam arabik, pigmen dicampur dengan glycerine atau madu bagi mengelakkan warna-warna ini menjadi kering.
Selain dari sifat gam arabik yang larut air, gam arabik berguna sebagai pengikat cat kerana gam arabik boleh menambahkan kecerahan warna, menipiskan dan meningkatkan tranparensi warna. Sebab itulah cat air jenis gouache bersifat opaque dan tidak tranparen kerana kurang gam arabik. Di Malaysia gam arabik dijual dalam botol di kedai menjual alat seni lukis terkenal. Ia kurang dikenali di sini kerana kebanyakan pelukis cat air di Malaysia gemar mengguna cat air transparent di mana gam arabik tambahan tidak diperlukan. Gam arabik boleh digunakan dalam membancuh cat air transparent untuk menghasilkan kesan khas. Namun ia amat berguna untuk penggemar cat air gouache kerana ia boleh mencerah dan mencairkan warna gouche. Ia seperti penggunakan minyak linsid dalam cat minyak. Caranya, tuangkan gam arabik yang bersifat cair pekat ke dalam dipper dan gunakan seperti mengguna minyak linsid dalam membancuh cat minyak. Awas! Tutup segera botol gam arabik selepas menuang dalam dipper untuk mengelak gam arabik menjadi keras.

SUMBER: PAK ABU @ EN. ABU SEMAN
kat mana nak dapatkan dia di malaysia ek?
ReplyDelete