![]() |
| ISTIMEWA UNTUK "GOMO KELATE GOMO" (NOT FOR SALE) medium: watercolour on paper size: A4 year: 2010 URL: http://www.kebonseni.blogspot.com/ http://www.portrait2u.net/ http://www.faizjuha.com/ |
30 OKTOBER 2010: "FINAL" PIALA MALAYSIA
NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
KUALA LUMPUR
NEGERI SEMBILAN VS KELANTAN
STADIUM NASIONAL BUKIT JALIL
KUALA LUMPUR

Kelantan sebagai juara baru Piala Malaysia edisi kali ke-84.
ReplyDeleteNEGERI SEMBILAN 1
Shahurain Abu Samah (pen m-14)
KELANTAN 2
Hairuddin Omar (m-57)
Muhd Badhri Radzi (m-65)
Sementara itu, penjaring gol pertama Kelantan dalam perlawanan malam tadi, Hairuddin Omar diumumkan sebagai Pemain Terbaik perlawanan akhir itu.
ReplyDeleteKELANTAN : Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Daudsu Jamaluddin (Akmal Rizal Ahmad Rakhli), Mohd Farisham Ismail, Mohd Rizal Fahmi Abd Rosid, Zairul Fitree Ishak, Muhd Badhri Radzi, Indra Putra Mahayuddin (KP), Mohd Shakir Shaari (Khairan Eroza Razali), Mohd Norfarhan Muhammad, Hairuddin Omar dan Norshahrul Idlan Talaha (S Chanturu).
FORMASI : 4-4-2
NEGERI SEMBILAN : Mohd Sani Anuar Kamsani, Mohd Alif Samsudin, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak (KP) (Mohd Firdaus Azizul), Mohd Shukor Adan, Tengku Qayyum Ubaidhillah Tengku Ahmad, Ching Hong Aik (Mohd Asyraf Mohd Al Japri), Qhairil Anwar Roslani (Mohd Shafik Abdul Rahman), S Kunalan, Idris Abdul Karim, Abdul Halim Zainal, dan Shahurain Abu Samah.
FORMASI : 4-4-2
STATISTIK PERLAWANAN
Percubaan tepat : Negeri Sembilan (9) Kelantan (4)
Percubaan tersasar : Negeri Sembilan (3) Kelantan (4)
Sepakan sudut : Negeri Sembilan (2) Kelantan (11)
Sepakan percuma : Negeri Sembilan (17) Kelantan (18)
Offsaid : Negeri Sembilan (2) Kelantan (2)
Kekasaran : Negeri Sembilan (15) Kelantan (14)
Kad kuning : Negeri Sembilan (Mohd Shukor Adan, Mohd Firdaus Azizul, Mohd Alif Samsudin) Kelantan (Mohd Shakir Shaari)
Kad merah : Tiada bagi kedua-dua pasukan
Masa tambahan : Tujuh minit
Penguasaan bola : Negeri Sembilan (45%) Kelantan (55%)
PEGAWAI PERLAWANAN
Pengadil : Subkhiddin Mohd Salleh
Penolong Pengadil 1: Wan Ismail Wan Ali
Penolong Pengadil 2: Nojey Anak Nakeng
Pegawai Keempat : Mohd Nafeez Abd Wahab
Komisionel Perlawanan : Ismail Yacob
Penilai Pengadil : Ahmad Khalidi Suppian
General Kordinator : Ahmad Fuad Daud
Pegawai Media : Raja Azura Shamim
Lebih manis, kejayaan muncul juara pertama kali itu merupakan hadiah istimewa sempena pemasyhuran Sultan Kelantan yang baru, Sultan Muhammad Ke-V. Kejayaan malam tadi membolehkan nama Kelantan terpahat dalam senarai pemenang kali pertama dalam perebutan piala paling berprestij itu sejak ianya dipertandingkan pada tahun 1921.
ReplyDeleteSumber petikan: http://kelate.net/kelantan-juara-piala-malaysia/
KUALA LUMPUR – ‘Lautan merah’ penyokong Kelantan menenggelamkan sorakan penyokong Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, semalam.
ReplyDeleteKehadiran penyokong ‘Hoben Jang Hoben’ hanya sekitar 30,000, jelas tidak dapat menandingi jumlah penyokong Red Warriors seramai 60,000 orang.
‘Gelombang merah’ ribuan penyokong Kelantan tiba di di pekarangan Stadium Nasional seawal pukul 8 pagi dan mendahului memenuhi ruang stadium bermula pukul 4 petang.
Keghairahan penyokong Kelantan sukar dibendung kerana sebaik pukul 7.30 malam, bahagian tempat duduk yang dikhaskan untuk mereka, telahpun dipenuhi ‘lautan merah’.
Sumber petikan: http://kelate.net/lautan-merah-kuasai-stadium-nasional/
Terbaik ni.
ReplyDelete